10 March 2014

Cara Tukar Duit Rosak di Bank Negara Malaysia


Image credit to: Mohd Radzi Ramli
Anda ada simpan duit kertas rosak dekat rumah? Jika ya, jangan dibuang! Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti duit terbakar, terkoyak, berlubang, kotor/lusuh, kecut (kebanyakkannya duit polimer/plastik), dimakan anai-anai, luntur warna, cacat, hilang ciri-ciri keselamatan dan banyak lagi. 

Image credit to: dabeldeya.blogspot.com


Image credit to: dabeldeya.blogspot.com
Apa yang perlu anda lakukan ialah membawa wang kertas/wang polimer/duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan anda dan isi borang - anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter.

Pegawai BNM yang bertauliah akan menilai setiap wang kertas anda berpandukan spesifikasi yang berikut: 
  • FULL VALUE (NILAI PENUH)
    •  melebihi dua per tiga (2/3) daripada saiz asal
  • HALF VALUE (NILAI SEPARUH) :
    •  kurang daripada dua per tiga (2/3) tetapi melebihi satu per dua (1/2) daripada saiz asal
  • NO VALUE (TIADA NILAI) :
    •  kurang satu per dua (1/2) daripada saiz asal 


MAKLUMAT TAMBAHAN: 

  1. Sebelum anda dibenarkan memasuki bangunan Bank Negara Malaysia, anda akan disambut oleh pegawai polis bertanyakan tujuan anda ke sana. Anda hanya perlu menyatakan bahawa anda ingin menukar wang kertas rosak. Tanpa banyak soal, pegawai polis tersebut akan membenarkan anda memasuki ke dalam BNM dan memberitahu anda kaunter mana yang perlu anda tuju.
  2. Anda mungkin perlu menampal wang kertas rosak anda di atas kertas putih - seperti dalam gambar di bawah. Tapi, jangan risau! Semua peralatan seperti kertas putih, gam dan gunting ada disediakan di sana. Hal ini demikian bagi memudahkan proses penilaian wang kertas anda.

    Image credit to: menderas.blogspot.com
  3. Bukan semua wang kertas atau duit syiling yang anda bawa adalah bernilai. Sesetengah wang kertas atau duit syiling akan dikembalikan semula kepada anda dan akan dicop 'TIADA NILAI' sekiranya ia tidak mematuhi spesifikasi minimum penukaran wang rosak - contohnya, kurang 1/2 daripada saiz asal atau wang anda didapati duit palsu (kebanyakkannya duit syiling RM1 lama).
    Disahkan
    TIADA NILAI
    Bank Negara Malaysia
    Johor Bahru 
  4. TIADA NILAI AKAN DIBERIKAN BAGI WANG KERTAS YANG MEMPUNYAI CONTENGAN KETARA/BANYAK (IAITU TERDAPAT TANDA PADA POTRET SPBYDP AGONG, TULISAN YANG MEMAPARKAN SLOGAN POLITIK DAN AGAMA ATAU MENGGUNAKAN WANG KERTAS SEBAGAI KAD JEMPUTAN/PAD TULIS).
  5. Selain itu, anda juga boleh menukar duit syiling 1sen lama, duit syiling RM1 lama (warna emas), wang kertas Malaysia siri lama (termasuk not RM2, $500 dan $1000) di Bank Negara Malaysia. Namun begitu, saya tidak menggalakkan anda berbuat demikian kerana saya pasti anda akan menerima wang yang lebih sekiranya anda menjualnya kepada pengumpul matawang lama. Anda boleh mencuba bertanyakan mengenai nilai semasa wang lama anda di sini:
    >>> KeDai HANTU DuIT 2 <<< >>> Tayang Duit <<< >>> Kelab Numismatik Malaya <<<

    (pastikan anda ada kad ahli dulu sebelum post, kalau tak, nanti kena kick.. hehehehe)
  6. CADANGAN: Jika cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dll sama ada melalui kaunter atau melalui mesin. Bagi duit syiling pula, anda boleh mencuba mesin deposit duit syiling di Maybank - kecuali duit syiling 1sen dan RM1 lama.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi pihak BNM atau membaca PDF ini 

97 comments:

  1. terima kasih, menarik.

    ReplyDelete
  2. mmg kena pergi BNM sahaja? xbleh tukar di mana2 branch bank?

    ReplyDelete
  3. Esmawaty Esa,

    Kalau kerosakan minor (rosak kecil), boleh pergi tukar di mana-mana bank.

    Contoh kerosakan kecil: terkoyak, berlubang, ada tampalan (salotape) dan contengan yang sedikit

    Tapi, kalau melibatkan kerosakan yang besar, lebih baik hantar ke Bank Negara Malaysia untuk penilaian.

    PERINGATAN:
    WANG KERTAS YANG DICONTENG PADA BAHAGIAN POTRET (MUKA) SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN WANG KERTAS PALSU TIDAK LAKU SEKIRANYA DITUKAR DI BANK NEGARA MALAYSIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau duit kesan terbakar mcm mane ye?duit cuma kecut kat bahagian muka agong..bole tukar kat bank biasa?

      Delete
    2. Kalau mata wang asing yg terkoyak kena tukar dimana?

      Delete
  4. wang dollar us koyak cawangan bank negara terima tk...mohon pejelasan

    ReplyDelete
  5. Duit Dollar Amerika kena hantar ke USA, Bureau of Engraving and Printing (BEP).

    Saya ada hantar duit USA koyak pada 30 Jun, hari ini (21 Sept) baru terima cek daripada mereka. Esok nak pergi bank, untuk clear check.

    Sila e-mail kepada saya untuk maklumat lanjut (zul5799@yahoo.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mna nk hantar ye

      Delete
    2. Saya pun ada note USD100 yang dah kabur gambarnye...smua money changer tak mahu terima....macam mana ye...

      Delete
    3. Saya ada 100usd yg koyak sikit kt hujung duit. Mcm mna nk tukar ye? Sy ada email awk. Tp tk berjawab

      Delete
    4. duit thailand yg koyak nak hantar kat mana ?

      Delete
    5. Duit brunei rosak di makan anai anai bley tkar lgi tak

      Delete
  6. saya ada banyak note rm1 yang lama bolehkah saya tukar di bank commercial. keadaaan duit masih elok tapi saya tak pasti samada duit tu palsu atau tidak.

    ReplyDelete
  7. Ya, boleh dihantar ke mana-mana bank perdagangan.

    Kalau duit itu berada dalam keadaan teruk (ada bahagian yang hilang), perlu hantar ke BNM.

    ReplyDelete
  8. Saya ada set note lama RM1,2,5,10,20,50,100 dan 1000 tetapi tidak tahu saluran yang tepat untuk menjual note -note tersebut. Untuk menjual di laman-laman sosial melalui pertubuhan berkaitan numismatik perlu memenuhi syarat2 yang ditetapkan seperti kad ahli @ bilangan friend yang tertentu yg mana saya tidak menepati syarat tersebut. Boleh Sdr beri panduan bagaimana cara tepat untuk menjual note tersebut.

    Gambar note boleh didapati di : duitlama.tk

    zalilahdpm@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Saya pernah tukar dulu, duit seratus...dah koyak sikit. Duit tu susut nilai, mengikut kata org yang tukang tukar tu.. jadi RM 70.00 kalau tak silap.

    Nak tanya, syiling 5 sen selalu bank tak nak. Saya ada sebalang. Tentang mesin yg kita boleh kira sendiri kat bank tu, terima tak duit 5 sen. Saya baru tahu sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. Kalau tukar duit RM100 kat Bank Negara Malaysia, cuma boleh dapat RM100, RM50 atau RM0.

    Kalau duit tu lebih dari 2/3 dari saiz asal, dapat balik RM100.

    Kalau lebih separuh tapi kurang 2/3, dapat RM50.

    Kalau kurang separuh, dapat RM0.

    Bank-bank biasa (Maybank, CIMB dll) ambil semua jenis duit syiling (kecuali coin 1 sen dan $1 lama).

    Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM), terima duit syiling 5 sen. Tak payah asingkan, tak payah kira, tak payah cuci. Mesin akan handle semuanya. Dan ianya PERCUMA =)

    ReplyDelete
  11. I baru pergi cimb mayban semua tak layan

    ReplyDelete
  12. Ng Kimleong, kena pergi BNM kalau duit you rosak teruk. Atau boleh PM/email saya. TQ

    ReplyDelete
  13. Jadi adakah kita dikira menipu kalau kita bagi duit yang yg terkoyak dlm urusan jual beli contoh duit yg hilang sikit bahagian bucu tapi no siri duit msih ada.

    ReplyDelete
  14. Kalau hilang sedikit (tak kira pada mana-mana bahagian), boleh dipakai lagi.

    Tapi, lebih baik diasingkan duit-duit yang tidak sesuai untuk digunakan lagi - dan dihantar ke mana-mana bank.

    ReplyDelete
  15. Jika deposit rm10 lama ke akaun saya, boleh ke?

    ReplyDelete
  16. Jika deposit rm10 lama ke akaun saya, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rm 10 yg lama atau sign gabenor yg sbelum zety dgn kondisi elok atau lubang2 sedikit boleh wsp sy nk tgk pic 01116146989

      Delete
  17. Adakah note rm 2 bersiri DB 0056133 mempunyai nilai harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok berdasarkn kondisi(keadaan wang) jika masih keadaan elok boleh wsp sy penialaan bergantung keadaan wang kertas..

      Delete
  18. Adakah note rm 2 bersiri DB 0056133 mempunyai nilai harga

    ReplyDelete
  19. Salam tuan. Adakah duit kertas lama masih boleh diterima oleh Cash deposit machine?

    ReplyDelete
  20. Waalaikumsalam, tak diterima.Tolong hantarkan gambar duit lama yang dimaksudkan dekat email saya (zul5799@yahoo.com). Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye .kalau seratus lame boleh ke tukar di mana² cawangan bank..

      Delete
  21. Assalamualaikum,saya ada sekeping not rm50 tp keseluruhan no sirinya koyak bolehkah saya menukarnya di bank@mana2 cawangan bank?

    ReplyDelete
  22. Waalaikumsalam, kalau duit tu lebih dari 2/3 daripada saiz asal, boleh dapat semula RM50. Tak kiralah duit tu rosak di mana-mana bahagian sekalipun.

    Boleh ditukar di mana-mana cawangan BNM yang terdekat.

    Kalau masih ragu-ragu, boleh hantarkan gambar duit tersebut ke email saya di zul5799@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. Selamat pagi saya ada Wang yang terbakar 50 ringgit...saiz suku saja tinggal tapi bomb or siri semua ada..boleh tak tukar di bnm?

    ReplyDelete
  24. Selamat pagi saya ada Wang yang terbakar 50 ringgit...saiz suku saja tinggal tapi nombor siri semua ada..boleh tak tukar di bnm?

    ReplyDelete
  25. Selamat pagi. Kalau kurang dari separuh, tiada nilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat malam! Oh iake rugilah saya RM 250..
      Terima kasih tuan.

      Delete
  26. Kalau duit itu terbakar dan boleh dibuktikan bahawa bahagian yang hilang itu telah musnah (contohnya, lampirkan sekali dengan laporan kebakaran daripada pihak bomba) - mungkin BNM boleh mempertimbangkannya. Semuanya atas budi bicara pihak BNM.

    ReplyDelete
  27. Kalau tukar wang lama ke wang baru mcm mana

    ReplyDelete
  28. Saya ada sekeping RM50,saya tak sengaja biar nya dicuci dalam mesin basuh,dan selepas itu laser di tepi wang itu habis dicuci,tempat lain masih OK,BNM sangat jauh dari rumah saya,bank lain-lain seperti cimb,bsn terima tak?

    ReplyDelete
  29. Saya ada sekeping RM50,saya tak sengaja biar nya dicuci dalam mesin basuh,dan selepas itu laser di tepi wang itu habis dicuci,tempat lain masih OK,BNM sangat jauh dari rumah saya,bank lain-lain seperti cimb,bsn terima tak?

    ReplyDelete
  30. Boleh masukkan ke dalam akaun bank melalui KAUNTER BANK. Jika mereka tak terima, boleh buat aduan kepada pihak BNM.

    ReplyDelete
  31. salam tuan..saya ade duit 50 euro terkoyak dipenjuru atas kanan sedikit jer..tp kepingan yg koyak tu ilang...sikit je pun koyak...
    boleh tukar lg ke ek?...
    and..nak tukar kat mana...?...BNM terima ke?

    ReplyDelete
  32. Saya dapat duit rm1 polimer yg mana secebis bahagian depan dan belakang nya seperti di kutis/tercabut tak reti laaa nak ckp camner, tapi meninggalkn plastik kosong, dia tak koyak seperti kebiasaan yg kita lihat.nak kata bank error ,tak pernah laaa dgr lg .palsu ker hapethaper

    ReplyDelete
  33. tumpang tanya kalau nak tukar duit kertas rm 1 ngn rm 5 boleh tukar mana bank ke ? or kena pergi BNM ??

    ReplyDelete
  34. Assalam
    Saya Hafeez. Sy nk tanya.. kalau duit yang di tampal dengan pelekat tape akibat tekoyak, BNM terima tak utk tukaran yang baru?

    ReplyDelete
  35. Boleh saya tanya sekiranya kita boleh tukar duit US dollar yang koyak ke MYR dekat bank negara?

    ReplyDelete
  36. Salam.Saya ada duit USD 100 yang koyak separuh tapi nampak baru.Boleh saya tukar dengan BNM ke malaysia ringgit?

    ReplyDelete
  37. Rashaee, wasalam. Boleh hantarkan gambar note tu kepada saya (email: zul5799@yahoo.com). Bank Negara Malaysia cuma terima duit rosak Malaysia sahaja. Duit luar negara kena hantar dekat Bank Negara (Central Bank) masing-masing. Money changer pun tak terima.

    Anonymous 1. Duit itu telah digosok dengan benda tumpul (seperti duit syiling).

    akmarsk8, boleh tukar kat mana-mana bank (kecuali BNM) - bergantung kepada stok.

    Hafeez, wasalam. Ya, BNM terima asalkan duitnya asli dan lebih dari separuh dari saiz asal.

    Anonymous 2 dan 3, BNM cuma terima duit rosak Malaysia sahaja. Duit rosak Amerika perlu dihantar ke Bureau of Engraving and Printing di Washington, Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila email kepada saya di zul5799@yahoo.com. Sekiranya bahagian yang tinggal lebih daripada 51%, Insya-Allah boleh dapat FULL VALUE (NILAI PENUH)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...nak tanya.kalau nak hantar duit dollar yg koyak..mcm mana ye.email pun boleh.tq

      Delete
  38. sy nak tnya..sy ade duit rm100 lame..bleh x tukar kt mne2 branch bank..

    ReplyDelete
  39. sy nak tnya..sy ade duit rm100 lame..bleh x tukar kt mne2 branch bank..

    ReplyDelete
  40. kalau nak tukar rm 50 ke rm1 boleh ke? takda rosak

    ReplyDelete
  41. Wajib ke bank negara ke? bank biasa tak boleh?. saya duk kelantan

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete
  42. petugas di BNM tanpa buat pemeriksaan dengan teliti hanya sekadar pegang dan tengok sahaja lalu terus mengata kan duit palsu.. apa yang perlu sy buat ea.. macam mana sy nak percaya kalau petugas tu tanpa buat pemeriksaan dengan teliti trus ckp wang palsu dan tak dapat nak pulang kan balek duit tu kat kita..(duit kertas lama not 1k)..

    ReplyDelete
  43. Hari ini saya telah pergi ke maybank untuk menukarkan beberapa keping wang RM1 dan RM5 yang rosak. Dua (2) daripada kepingan note tersebut saya gagal menukarkannya kerana menurut pegawai bank gambar SPB YDP Agung telah tercarik/terpotong walaupun telah ditampal balik dengan cellotape. Pegawai bank tersebut maklumkan jika yang lain rosak tidak mengapa tetapi jangan tersentuh gambar SPB YDP Agung tersebut walaupun sikit. Kalau sekiranya saya ke BNM, adakah saya akan mendapat jawapan yang sama. Hendak pergi ke BNM laluannya jauh pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terrgores/tercucuk/tergunting sgaja or tidak kat lambang agong mmg tdk tiada nilai atau tukaran tuann..
      ia dianggap penghinaan keatas yg dupertuan agong tiada nilai,,

      Delete
  44. Klau duit turki blh tukar dkt bank negara tk?

    ReplyDelete
  45. Klau duit turki blh tukar dkt bank negara tk?

    ReplyDelete
  46. Klau duit turki blh tukar dkt bank negara tk?

    ReplyDelete
  47. Klau duit turki blh tukar dkt bank negara tk?

    ReplyDelete
  48. Duit luar negara kena balik ke negara asal dia bang....BNM hanya melayan wang Malaysia sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan duit 100 usd atau 50 usd atau 20 usd nak kena pegi us tukar...tiket flight pegi blk dah beribu..hotel n makan lagi

      Delete
  49. Saya ada sekeping rm100 yg koyak dibahagian no siri yg bewarna merah tu. Pergi ke mybank. Staff tu kata kalau no siri merah tu takda. Tak boleh tukar. Even ada satu lagi no siri warna hitam di sebelah atas not tu. Hmmm. Macamana ya?

    ReplyDelete
  50. Nak Tanya kalau duit dollar lama nak kena tukar dimana ye. Sebab semua money changer tak terima saya ada solitip sebab koyak tepi. Dia kata ni 100 dollar lama. Apa perlu saya buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Says Ada Duit Japan lama.. Kat bnm boleh tukar KE?

      Delete
  51. Selamat pagi tuan. Saya ada wang kertas yang lama RM 1,5,10 dan 50. Boleh ke kalau saya nak tukar dekat mana mana cawangan bank? Kalau tak silap saya duit tu sekeliling tahun 60-an

    ReplyDelete
  52. Saya ada duit usd50..koyak di bucu sedikit saja tapi semua money changer tsk terima so di mana saya boleh tukar?

    ReplyDelete
  53. SAYA ADA KUMPUL DUIT RM1 LEBIH KURANG RM700. NAK GUNA MALU SEBAB SEIKAT SAYA JADIKAN RM100. DIMANA BOLE SAYA TUKARKAN DUIT SAYA ITU. ATAU BOLEHKAH SAYA TERUS KE BANK DAN BANK IN DUIT ITU DALAM AKAUN SAYA.

    ReplyDelete
  54. Saya ada duit 50 usd koyak sikit di bucu...semua money changer tak terima...so kat mana saya boleh tukar duit tu?

    ReplyDelete
  55. Sy ader 2,3 balang besar duit syiling 1 sen...5 sen Boleh tk sy nk tukar kt Bank Negara...

    ReplyDelete
  56. Kalau wang asing pound sterling...ada kerosakan sedikit diatas permukaan duit tu(ada contengan tulisan)...boleh tukar tak kat BNM???pergi kat kedai money changer...semua tak mahu terima

    ReplyDelete
  57. Sy ada skeping rm50 cacat/muka agong x pnuh.. jika ada yg berminat,blh direct wassap sy utk pic.. condition anda nilaikn sndri nnt.. ofer hrga anda,jika kne,sy akn jual.. tq.. 017-7863034 (aie)

    ReplyDelete
  58. Bank Negara Malaysia = segala urusan mengenai duit malaysia SAHAJA

    untuk matawang asing sila hubungi bank negara yang berkenaan

    nak servis kereta kancil tak kan nak pergi mercedes service center?
    nak repair fon samsung tak kan nak pergi apple store?

    memang tak dapat la der

    ReplyDelete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  60. Assalamulaikum abg saya ad duit kertas lama YG bernilai RM20,RM50 Dalam keadaan elok boleh kea saya Masuk kea Dalam acc sy guna Cash deposit machine? Or

    ReplyDelete
  61. So duit turki kena tukar disana la ye

    ReplyDelete
  62. Kalau duit rm50 hilang salutan emas boleh tukar kt mana2 bank x?

    ReplyDelete
  63. Saya ada duit rm100 kurang dari separu.boleh saya menukarnya di mana2 bank?

    ReplyDelete
  64. Kalau duit negara lain boleh ke..contoh nya duit turkiye

    ReplyDelete
  65. Duit saya no siri xsukup boleh xkalau nk tukar di bank negara boleh x

    ReplyDelete
  66. Duit sya di makan anai-anai boleh x kalau nk tukar

    ReplyDelete
  67. Duit sya di makan anai-anai.kalau nk tukar boleh x.no siri dia pon xcukup

    ReplyDelete
  68. nk tukar duit 100GG kat mana yaa,100 Gohet Gostan..

    ReplyDelete
  69. saya ada duit rm 100 yg koyak ..duit kertas rm.100 tu terkoyak pada 4 bahagian..dan koyakan pling kecil hilang ..di tengah2 wang kertas itu..yg lain cukup..adakah masih lagi dapat untuk di tukar atau deposit kan ke dalam acc sama dgn nilai wang kertas tu..t kasih

    ReplyDelete
  70. Saya ada uang 50 ringgit tapi ada contengan boleh ke di tukar

    ReplyDelete
  71. Wang kertas 100 USD solar koyak 2 boleh tukar

    ReplyDelete
  72. Kat mana saya boleh tukar wang kertas matawang asing Saudi Arabian tahun 2003
    Kawan johor bahru malaysia......

    ReplyDelete
  73. Encik sy nk bertanye dimana blh sy tukar duit syiling pelbagai negara..kerana sy ada duit syiling 10 negara dan dalam kuantiti yg banyak juga..mnt tlng bg info untuk sy menukar kn duit2 syiling ini.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa. Sy bnyk syiling luar negara mna nk tukar ...ye

      Delete
  74. Encik saya nak tukar wang Rm 1000 boleh ka,
    Dimana harus saya tukar..tk

    ReplyDelete
  75. saya nak bertanya bagaimana nak tukar duit dolar us ada kesan terbakar dan adakah nilai tetap sama

    ReplyDelete
  76. Duit syiling bermacam luar negara ...dimanakah tempat yang boleh ditukar...ada sesiapa yang tahu???

    ReplyDelete