28 January 2013

Cara Mengendalikan Wang Polimer Yang Betul


Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan cara untuk mengendalikan wang polimer yang betul. Saya harap anda dapat berkongsi ilmu ini kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang tersayang.

     Bank Negara Malaysia (atau lebih dikenali sebagai BNM) telah mula memperkenalkan wang polimer yang pertama pada tahun 1998 iaitu wang polimer peringatan sempena Sukan Komanwel (SUKOM) di Kuala Lumpur. Namum begitu, wang polimer yang mempunyai nilai muka RM50 tersebut tidak diedarkan kepada umum untuk digunakan di edaran sebaliknya telah dijual kepada para pengumpul matawang Malaysia dan pelancong asing yang datang ke Kuala Lumpur dengan harga RM80 setiap set.



     Pada tahun 2004, BNM telah menggantikan wang kertas RM5 kepada substrak (bahan) yang lain iaitu polimer. Pada pertengahan bulan Julai 2012, BNM telah memperkenalkan wang polimer RM1 dan RM5 dengan reka bentuk yang lebih menarik dan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan untuk mencegah pemalsuan.

Antara ciri wang polimer ialah:

1.  Tidak menyerap air dan cecair lain (seperti milo ais, sirap bandung dan lain-lain).
2.  Bukan berasal dari bahan yang berserat. Oleh itu ia tidak mudah koyak jika dilipat berulang kali.
3.  Sukar untuk dikoyakkan (kalau tak percaya, boleh cuba). Walau bagaimanapun, jika wang polimer terkoyak sedikit sahaja, ia akan mudah terkoyak dengan lebih teruk.
4.  Tidak mudah bertanda atau menjadi kotor. Ia juga lebih bersih kerana bakteria tidak mudah merebak dan melekat di atasnya.
5.  Lebih kuat dan tahan lama berbanding dengan wang kertas (jangka hayat wang polimer 2.5 kali lebih lama berbanding wang kertas - bergantung kepada denominasi wang tersebut).
6.  Adalah sukar serta mengambil masa dan mahal untuk memalsukan wang polimer.
7.  Boleh dikitar semula menjadi barangan lain kerana ia diperbuat daripada polimer (plastik).


Tips Untuk Mengendalikan Wang Polimer 

Apa Yang Anda Perlu Lakukan:


1. Simpan wang polimer secara mendatar di dalam beg duit anda.
Wang
 polimer ini tidak sepatutnya dilipat berulang
kali kerana 
ia akan 
meninggalkan kesan berlipat yang kekal.

2. Gunakan gelung kertas apabila hendak membungkus wang polimer.
3. Wang polimer yang bertanda boleh dibersihkan dengan sabun dan air sejuk.
Contohnya, adunan cucur udang terkena pada wang polimer
ketika hendak memasak.

Apa Yang Anda Perlu Elakkan:
1. Jangan dedahkan wang polimer secara langsung kepada
cahaya panas atau suhu tinggi. 

Contohnya, menyimpan wang polimer di dalam enjin kereta.




























2. Jangan lipat wang polimer berulang kali. Contohnya,
menggunakannya sebagai bahan hiasan, origami
kapal terbang atau hantaran perkahwinan. 

















3. Jangan gunakan gelung getah (rubber band) apabila
mengumpulkan wang polimer semasa proses pembungkusan.















4. Jangan gunakan dawai kokot (stapler) atau pin pada wang polimer.














5. Jangan gunakan gunting, pisau atau apa-apa objek tajam untuk
membuka bungkusan wang polimer (pakai tangan sahaja).
























Sumber: Bank Negara Malaysia

No comments:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...